|
|
|
|
-
Jika pesara/penerima pencen meninggal dunia, sila
kemukakan dengan segera borang
JPA.BP.SPT.B01d ( Borang Faedah
Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan).
-
Pesara yang ingin keluar negara
untuk tempoh melebihi 3 bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk
pengecualian syarat bermastautin di Malaysia.
-
Pesara dinasihatkan untuk menghubungi Jabatan
terakhirnya bagi memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari
pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada
Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang
dikemaskini supaya tindakan penghitungan semula faedah persaraan dapat
dibuat.
-
Jika nombor akaun bank pesara/penerima pencen telah
bertukar akibat kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain,
sila maklumakan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam
dengan menulis surat serta mengemukakan sesalinan buku akaun
berkenaan dan di alamatkan seperti berikut :
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Unit O1, Aras 3, Blok
C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
** pada penjuru kanan sebelah bawah surat
sila catatkan "Pertukaran Nombor Akaun Bank"
-
Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang,
pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :
Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2, Blok C2,
Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia
atau
Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail.
Kuala Lumpur.
-
Jika pesara/penerima pencen berpindah tempat
tinggal, sila maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awa, dengan
segera. Pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan dengan
menulis surat dan alamatkan kepada alamat berikut :
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Unit O1, Aras 3, Blok
C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
** pada penjuru kanan sebelah bawah surat
sila catatkan "Pertukaran Alamat"
-
Untuk pesara yang tinggal dalam kawasan Lembah Kelang,
pemberitahuan pertukaran alamat boleh dilakukan di :
Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2, Blok C2,
Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
atau
Kaunter Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail.
Kuala Lumpur.
|
|