Membayar ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR)
berkaitan persaraan wajib dan pilihan sendiri dalam tempoh 30 hari
dari tarikh persaraan.
Membayar pencen bagi persaraan wajib dan pilihan sendiri dalam
tempoh 30 hari dari tarikh persaraan.
Membayar ganjaran terbitan, pencen terbitan dan Gantian Cuti Rehat
(GCR) bagi kematian dalam perkhidmatan dalam tempoh 30 hari dari
tarikh penerimaan Borang Pencen dan Penyata KWSP 1036/1036A.
Membayar pencen terbitan berkaitan kematian dalam persaraan dalam
tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diterima.
Membayar tuntutan rawatan perubatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh
borang tuntutan dan dokumen sokongan diterima.
Meluluskan permohonan persaraan pilihan dalam tempoh 3 hari dari
tarikh permohonan diterima.
Meluluskan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dalam tempoh 30 hari dari
tarikh permohonan diterima.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478