[ ]

 

PROSIDUR PENGURUSAN DOKUMEN MEMOHON FAEDAH PERSARAAN

PROSIDUR PENGURUSAN DOKUMEN MEMOHON FAEDAH PERSARAAN

  • Pelaksanaan SEPADU telah membawa perubahan kepada pengurusan dokumen persaraan yang digunakan bagi memohon faedah persaraan. Di bawah SEPADU dokumen-dokumen baru telah diperkenalkan yang mana penghantaran dokumen  ini boleh dilakukan melalui media elektronik atau/dan manual. Borang yang diperlukan boleh diperolehi melalui web dan percetakan.

  • Bagi memudahkan agensi menyediakan dokumen yang lengkap sebelum permohonan persaraan dan faedah persaraan dikemukakan ke Jabatan ini untuk tindakan selanjutnya, di bawah ini disenaraikan dokumen persaraan mengikut jenis persaraan. Senarai ini hendaklah menjadi senarai semak bagi semua agensi dalam menguruskan hal ini :

 

Bersara wajib kerana mencapai umur 55 atau 56 tahun [Seksyen 10(1)]

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.

  • Borang maklumat pesara – JPA.BP.SPPP.B01

  • Sijil akuan berhutang - JPA.BP.UMUM.B01

  • Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan - JPA.BP.SPPP.B04

  • Salinan surat nikah

  • Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

Bersara Paksa kerana tidak berupaya menjalankan tugas kerana kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal  [Seksyen 10(5)(a)]

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.

  • Borang maklumat pesara. - JPA.BP.SPPP.B01

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang – JPA.BP.UMUM.B01

  • Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan. - JPA.BP.SPPP.B04

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

  • Ulasan Ketua Jabatan jika pegawai tidak bersetuju untuk dibersarakan.

Bersara Paksa kerana jawatan yang mereka pegang dihapuskan  [Seksyen 10(5)(b)]

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah :

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.

  • Borang Maklumat pesara - JPA.BP.SPPP.B01

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang – JPA.BP.UMUM.B01

  • Notis Pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan - JPA.BP.SPPP.B04

  • Salinan Surat nikah

  • Salinan Sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

  • Surat pengesahan bebas dari Tindakan Tatatertib/Jenayah

  • Surat opsyen pegawai yang terlibat;

  • Salinan surat kelulusan penghapusan jawatan dari Bahagian Perkhidmatan JPA.

Bersara Paksa kerana penyusunan semula organisasi [Seksyen 10(5)(c)]

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.

  • Borang Maklumat pesara - JPA.BP.SPPP.B01

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang – JPA.BP.UMUM.B01

  • Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan - JPA.BP.SPPP.B04

  • Salinan surat nikah

  • Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

  • Surat pengesahan bebas dari Tindakan Tatatertib/Jenayah

  • Surat opsyen pegawai yang terlibat;

  • Salinan surat kelulusan penghapusan jawatan dari Bahagian Perkhidmatan JPA.

Bersara Paksa kerana memperoleh kewarganegaraan asing [Seksyen 10(5)(e)]

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti;

  • Borang Maklumat Pesara – JPA.BP.SPPP.B01;

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang – JPA.BP.UMUM.B01;

  • Borang Maklumat Tanggungan – JPA.BP.SPPP.B03

  • Notis Pelepasan/pengasingan caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan – JPA.BP.SPPP.B04

  • Salinan surat nikah

  • Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Salinan Pasport

  • Penyata KWSP 1036

  • Cabutan minit mesyuarat mengenai keputusan Lembaga Tatatertib menamatkan perkhidmatan pegawai kerana memperoleh kewarganegaraan asing (bagi perkhidmatan BBKT dan awam negeri)

  • Surat perakuan jabatan supaya pegawai dibersarakan kerana memperoleh kewarganegaraan asing (bagi perkhidmatan BBKT)

  • Surat kelulusan persaraan kerana memperoleh kewarganegaraan asing oleh pihak berkuasa negeri (bagi perkhidmatan awam negeri sahaja)

  • Memorandum mengenai kelulusan persaraan dari Bahagian Perkhidmatan JPA (bagi perkhidmatan awam persekutuan sahaja)

  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kes tatatertib pegawai.

Bersara Paksa kerana memberi maklumat palsu bagi maksud perlantikan anggota ke perkhidmatan Kerajaan [Seksyen 10(5)(f)]

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti;

  • Borang Maklumat Pesara – JPA.BP.SPPP.B01;

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang – JPA.BP.UMUM.B01;

  • Borang Maklumat Tanggungan – JPA.BP.SPPP.B03

  • Notis Pelepasan/pengasingan caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan – JPA.BP.SPPP.B04

  • Salinan surat nikah

  • Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

  • Cabutan minit mesyuarat mengenai keputusan Lembaga Tatatertib menamatkan perkhidmatan pegawai atas sebab memberi maklumat palsu (bagi perkhidmatan BBKT dan awam negeri)

  • Surat perakuan jabatan supaya pegawai dibersarakan atas sebab memberi maklumat palsu (bagi perkhidmatan BBKT)

  • Surat kelulusan persaraan atas sebab memberi maklumat palsu (bagi perkhidmatan awam negeri sahaja)

  • Memorandum mengenai penyusutan faedah persaraan dari Bahagian Perkhidmatan JPA (bagi perkhidmatan awam persekutuan sahaja)

  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kes tatatertib pegawai.

Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di bawah Seksyen 11 Akta 227/239 - Demi Kepentingan Negara [Seksyen 11(a)(i)]

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.

  • Borang Maklumat Pesara

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang -

  • Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

  • Surat Persetujuan

  • Watikah Perlantikan daripada kerajaan.

Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di bawah Seksyen 11 Akta 227/239 - Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam atau Perkhidmatan Badan Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.

  • Borang maklumat pesara

  • Borang maklumat tanggungan

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

  • Surat persetujuan pegawai untuk dibersarakan;

  • Laporan Ketua Jabatan mengenai prestasi pegawai;

  • Laporan perubatan; dan

  • Surat kelulusan Jawatankuasa Tatatertib dari Bahagian Perkhidmatan JPA berkaitan penamatan pegawai di bawah peraturan di atas.

Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.

  • Borang maklumat pesara

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang

  • Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan.

  • Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata KWSP 1036

  • Surat pengesahan bebas dari Tindakan Tatatertib/Mahkamah/BPR (bagi kumpulan A & B);

  • Surat kelulusan persaraan pilihan sendiri (bagi penjawat awam negeri).

Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Di bawah Seksyen 10(5)(b), 12 dan 12A/13 Akta 227/239 – Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2000.

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti

  • Borang maklumat pesara

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang

  • Notis pelepasan/pengasingan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

  • Salinan surat nikah

  • Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Surat pengesahan bebas dari Tindakan Tatatertib/Tindakan Mahkamah

  • Penyata KWSP 1036

  • Kertas Opsyen

  • Dokumen sokongan jika pohon faedah persaraan awal [Seksyen 12A(4) Akta 227/Seksyen 13(4) Akta 239] kerana:

    • Sakit    : Laporan Lembaga Perubatan dan Surat Tamat Perkhidmatan dari Majikan

    • Pengurangan pekerja    : Surat persetujuan dan kelulusan Kerajaan

Mati Dalam Perkhidmatan

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan bagi pegawai yang berkahwin dan ada tanggungan ialah:

  • Borang Permohonan Faedah-faedah Terbitan bagi kes kematian dalam perkhidmatan

  • Kenyataan Perkhidmatan dari Jabatan Akhir anggota bekerja dan kenyataan cuti

  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang

  • Salinan Sijil Mati

  • Satu Salinan Sijil Nikah

  • Satu Salinan Kad Pengenalan Balu/duda

  • Satu Salinan Sijil Lahir anak-anak yang belum berkahwin di bawah 21 tahun

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan bagi pegawai bujang ialah:

  • Borang Permohonan Faedah-faedah Terbitan

  • Kenyataan Perkhidmatan dari Jabatan akhir anggota bekerja dan Kenyataan Cuti

  • Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/waris

  • Salinan sijil mati.

Pencen Hilang Upaya

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Laporan polis mengenai kemalangan samada disebabkan kecuaian pegawai atau sebaliknya.

  • Laporan doktor mengenai darjah kecacatan.

Pencen Tanggungan.

Dokumen permohonan persaraan yang diperlukan ialah:

  • Maklumat rekod gemulah yang telah diluluskan faedah terbitannya

  • Salinan laporan polis oleh waris

  • Borang Laporan Siasatan Polis bagi kes kemalangan maut

  • Laporan pengesahan ketua jabatan (jika ada)

  • Inkues (jika perlu)