|ENGLISH

 

[ ]

 

SIARAN AKHBAR


SIARAN AKHBAR

PENJELASAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MENGENAI BAYARAN KHAS RM500

KEPADA PESARA KERAJAAN

 

Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain, serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang layak menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada bulan Disember 2009.

 

Bayaran melalui akaun akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaian pada 14 Disember 2009.

2 November 2009