|ENGLISH

 

[ ]

 

SISTEM POWER

PENGENALAN

Sistem POWER (Pensions Online Workflow EnviRonment) adalah satu sistem maklumat pencen bersepadu yang telah dihasilkan dari Projek Memodenkan Sistem Pentadbiran Pencen.  Ia merangkumi setiap aspek pentadbiran pencen iaitu prosesan, kelulusan, bayaran, perakaunan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan pencen, supaya hanya mereka yang berkelayakan sahaja menerima faedah persaraan atau faedah terbitan dalam amaun yang tepat mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan.  Sistem tersebut telah dilaksanakan secara berperingkat mulai dari Julai 2003 dan pada bulan Oktober 2004 telah digunakan sepenuhnya oleh semua pegawai dan kakitangan Bahagian Pencen untuk melaksanakan urusan harian masing-masing.

OBJEKTIF SISTEM POWER

Empat objektif Sistem POWER adalah untuk memastikan bahawa:

  • pencen permulaan boleh dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh kelayakan;

  • ganjaran dan award wang tunai gantian cuti rehat (GCR) boleh dibayar pada tarikh kelayakan;

  • pencen bulanan dapat dibayar tepat pada waktunya; dan

  • penyelarasan pencen boleh dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh pekeliling kenaikan gaji yang berkenaan dikeluarkan.
     

APLIKASI SISTEM POWER

Sistem POWER mengandungi lima aplikasi utama, iaitu: