[ ]

 

SISTEM PENCEN TERBITAN (SPT)

Sistem Pencen Terbitan
Berikut adalah kemudahan yang terdapat di Sistem Pencen Terbitan
  • Memproses faedah kematian bagi tanggungan bagi gemulah iaitu pesara atau pegawai kerajaan dengan lebih efektif dan cekap.
  • Meringkaskan proses kerja di bawah proses ini di mana urusan-urusan yang melibatkan SPPP telah dilaksanakan di bawah sistem tersebut dan SPT hanya memberi tumpuan kepada faedah kematian yang perlu dibahagikan kepada tanggungan sahaja.
  • Membenarkan pengiraan faedah kematian dan pembahagian syer kepada tanggungan secara automatik;
    Membenarkan pengiraan ganjaran terbitan dan pencen terbitan bersih dilakukan dengan mengambil kira hutang kerajaan dan potongan bulanan bagi tanggungan yang bersetuju dipotong hutang-piutang gemulah darinya;
  • Membenarkan status prosesan faedah kematian diketahui melalui sistem
  • Memudahkan kerja-kerja prosesan dilakukan dengan adanya workflow
  • Menolong membolehkan bayaran faedah kematian dilakukan dengan lebih tepat dan cepat
  • Dokumen-dokumen diimej bagi mempercepatkan kelulusan seperti permohonan anak cacat dengan meminimakan kemasukan maklumat.