[ ]

 

SKIM PENCEN :: PEMBAYARAN PENCEN UNTUK ANAK DI IPT

Kembali SKIM PENCEN
  • anak yang masih menuntut di IPT di dalam atau di luar negara dikehendaki menyempurnakan borang Borang JPA.BP.SPT.B03a - Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Borang ini perlu dikembalikan kepada Bahagian Pencen, JPA untuk tindakan selanjutnya.
  • Institusi Pengajian Tinggi meliputi kolej-kolej swasta yang menyediakan pendidikan di peringkat Ijazah Pertama atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Anak gemulah tersebut adalah dibenarkan mengikuti kursus Diploma, Diploma Lanjutan dan kursus yang membawa kepada Ijazah Pertama atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Kursus pengajian hendaklah diikuti sepenuh masa.
  • Anak disyaratkan untuk menghabiskan kursusnya dengan jayanya dalam tempoh pengajian yang munasabah, sebagaimana ditetapkan oleh IPT berkenaan.
  • Sekiranya anak gemulah tersebut gagal untuk menamatkan kursus pengajiannya dan ia dibenarkan melanjutkan tempoh pengajiannya selama tidak kurang dari 2 tahun, sebagaimana dikeluarkan oleh IPT berkenaan, maka Pencen Terbitan hendaklah diteruskan meliputi tempoh lanjutan tersebut.