Jenis-Jenis Faedah Persaraan |
Anggota
berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari
perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan
berikut: |
 |
Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan); |
 |
Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan |
 |
Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran
sekaligus). |
Kadar
ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh
perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir
diterima oleh anggota itu. Penghitungan kadar sebenarnya ialah
seperti berikut: |
 |
Ganjaran |
|
7.5% x tempoh
perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang
akhir diterima. |
 |
Pencen |
|
-
1/600 x
tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki
bulanan yang akhir diterima.
-
Tertakluk kepada pencen maksimum tiga
perlima (3/5) daripada gaji akhir (dicapai apabila
berkhidmat selama 30 tahun atau 360
bulan tempoh perkhidmatan yang
diambil kira)
|
Bagi
pegawai-pegawai perkhidmatan awam, Peraturan-Peraturan Pencen
1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun
1993, juga memperuntukkan pembayaran Wang Tunai Sebagai Gantian
Cuti Rehat (GCR), iaitu bagi cuti rehat yang tidak dihabiskan
kerana kepentingan perkhidmatan dan terkumpul mengikut
syarat-syarat pengumpulan di bawah peraturan pencen dan
pekeliling yang berkenaan. Penghitungannya ialah - |
|
1/30 x [gaji
pokok + imbuhan tetap] x jumlah cuti rehat yang terkumpul
sehingga 150 hari. |
Wang Tunai
Sebagai Gantian Cuti Rehat ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan
(melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi pegawai-pegawai perkhidmatan
awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri bagi
pegawai-pegawai perkhidmatan awam Negeri. Badan-Badan Berkanun
dan Kuasa-Kuasa Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993 membayar Wang Tunai Sebagai
Gantian Cuti Rehat kepada pekerja-pekerjanya.
Akta 227 atau
Akta 239 juga membolehkan faedah-faedah persaraan lain yang
dinyatakan di bawah ini diberikan kepada anggota atau
orang-orang tanggungannya, di mana wajar: |
 |
Pencen Hilangupaya; |
|
Pencen
Hilangupaya merupakan faedah tambahan yang diberikan kepada
seseorang anggota Kerajaan yang dikehendaki bersara atas
sebab-sebab kesihatan akibat daripada: |
|
(i) |
kecederaan
yang dialami semasa menjalankan tugas-tugas rasminya; |
|
(ii) |
penyakit yang
dihidapinya kerana anggota tersebut telah terdedah kepada
bahaya-bahaya tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasminya;
atau |
|
(iii) |
kemalangan
dalam perjalanan;
dengan syarat
kecederaan atau penyakit bukan disebabkan oleh kecuaian atau
salahlaku anggota tersebut.
Kadar pencen
hilangupaya yang boleh dibayar adalah mengikut darjah kecacatan
seperti berikut:- |
|
|
|
Darjah kecacatan |
Kadar yang dibayar |
|
|
|
Tercacat
sedikit |
satu perdua belas daripada
gajinya |
|
|
|
Tercacat |
satu perenan daripada
gajinya |
|
|
|
Tercacat pada
matannya |
satu perempat daripada
gajinya |
|
|
|
Musnah sama
sekali |
satu pertiga daripada
gajinya |
|
|
|
 |
Pencen Tanggungan; |
|
Pencen
Tanggungan merupakan suatu faedah persaraan tambahan yang
diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang
telah meninggal dunia akibat dari kecederaan yang dialami semasa
menjalankan tugas-tugas rasmi atau penyakit yang dihidapi atau
kemalangan dalam perjalanan dengan syarat: |
|
(i) |
anggota
tersebut telah meninggal dunia di dalam salah satu keadaan yang
dinyatakan di atas; dan |
|
(ii) |
kematian
pesara atau anggota tersebut telah berlaku dalam masa 7 tahun
dari tarikh ia mula mengalami kecederaan atau menghidap penyakit
tersebut. |
|
Kadar pencen
tanggungan yang dibayar kepada tanggungan pegawai yang meninggal
dunia akibat mendapat bencana atau penyakit semasa menjalankan
tugas rasmi atau disebabkan kemalangan perjalanan adalah
mengikut pecahan daripada gaji akhir hakiki seperti berikut:- |
|
¨ |
kepada balu,
selagi tidak berkahwin dan berkelakuan baik, ..........1/4 |
|
¨ |
jika
pencen dibayar kepada balu, bagi setiap orang anak hingga
seramai enam orang, …… 1/24 |
|
¨ |
jika tidak
meninggalkan balu, bagi setiap orang anak hingga seramai enam
orang, ……...1/12 |
|
¨ |
mulai tarikh
kematian balu yang telah dibayar pencen, bagi setiap orang anak
hingga seramai enam orang, .......1/12 |
|
¨ |
kepada ibu
tanggungan, selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca
nafkah yang mencukupi – |
|
|
¨ |
jika tidak
meninggalkan balu,………1/4 |
|
|
¨ |
jika
meninggalkan balu dan pencen telah dibayar,….…..1/8 |
|
|
kepada bapa
tanggungan, selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca
nafkah yang mencukupi – |
|
|
¨ |
jika tidak
meninggalkan balu dan ibunya sudah mati,.…...….1/4 |
|
|
¨ |
jika
meninggalkan balu dan ibunya sudah mati,.……….1/8 |