[ ]

 

SKIM PENCEN :: KEMATIAN ANGGOTA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN

Kembali SKIM PENCEN

Tanggungan gemulah layak dipertimbangkan Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan. Orang yang layak menerima faedah-faedah tersebut ialah:

Pencen Terbitan
Balu/Duda/Anak
Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
Anak pula ertinya anak anggota yang di bawah umur 21 tahun dan masih belum berkahwin termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak tak sah taraf, anak angkat dan anak cacat.


Ganjaran Terbitan
(i) Balu/duda/anak;
(ii) Ibu gemulah dan jika ibunya telah mati, kepada bapa tanggungannya;
(iii) Jika tiada orang yang berkelayakan, akan dibayar kepada wakil diri yang sah di sisi undang-undang.
(iv) Bagi anggota bujang yang meninggal dunia, hanya Ganjaran Terbitan yang akan dibayar kepada ibu/bapa atau wakil diri yang sah di sisi undang-undang.


Sekiranya anggota meninggal dunia, waris hendaklah memaklumkan Ketua Jabatan gemulah dengan segera. Waris dipohon untuk memberikan kerjasama dengan menyediakan dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut kepada Jabatan gemulah:

  • 3 keping gambar balu/duda (ukuran pasport);

  • 1 salinan Sijil Kematian gemulah;

  • 1 salinan Sijil Nikah/Sijil Cerai/Sijil Rujuk yang mana berkenaan;

  • 1 salinan Kad Pengenalan balu/duda;

  • 1 salinan Sijil Beranak anak-anak gemulah yang berumur 18 tahun ke bawah dan salinan Kad Pengenalan bagi

- anak-anak yang berumur antara 18-21 tahun;

  • 1 salinan Sijil Pendaftaran Anak Angkat, jika berkenaan;

  • 1 salinan Kad Pengenalan ibu atau bapa gemulah, yang mana berkenaan