[ ]

 

SKIM PENCEN :: Prosedur Memohon Pengecualian Syarat "Bermastautin Di Malaysia"

Kembali SKIM PENCEN

Prosedur Memohon Pengecualian Syarat "Bermastautin Di Malaysia"

(i)

Bagi pesara/ penerima pencen yang keluar negeri untuk tempoh melebihi tiga bulan.

(ii)

Permohonan dikemukakan tiga bulan sebelum bertolak keluar negeri dengan melengkapkan borang-borang berikut:-

 

-

Surat permohonan;

 

-

Soal jawab bagi menentukan taraf Permastautinan;

 

-

Pengakuan taraf Pemastautin di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980;

(iii)

Dokumen-dokumen sokongan:-

 

(a)

Salinan pasport perjalanan dengan kesemua muka surat yang diakui sah;

 

(b)

Dokumen-dokumen lain:-

Tujuan Rawatan Perubatan:-

Surat pengesahan doktor tentang penyakit yang dihidapi yang memerlukan rawatan perubatan lanjut.


Tujuan Pelajaran:-

Surat pengesahan daripada institut pengajian berkenaan tentang kursus yang diikuti serta tempoh kursus.

Tujuan Bekerja:-

Surat tawaran pekerjaan daripada majikan atau perjanjian kontrak yang menunjukkan tempoh kontrak berkenaan.

(iv)

Sebagai panduan, kelulusan boleh diberi bagi tempoh-tempoh berikut:-

 

(a)

tujuan sosial seperti melancong, melawat anak atau saudara – 6 bulan

 

(b)

bekerja – mengikut tempoh kontrak (dengan syarat pesara/ penerima pencen bukan Penduduk Tetap negara asing berkenaan)

 

(c)

pelajaran pesara/penerima pencen - satu tahun (perlanjutan adalah berdasarkan pengesahan oleh institut pengajian berkenaan)

 

(d)

perubatan - 6 bulan