Apabila sesuatu agensi Kerajaan atau
perkhidmatan tertentu diswastakan ataupun dikorporatkan,
anggota-anggota agensi tersebut adalah diberi kertas opsyen yang akan
menentukan jenis persaraan yang dipilih tertakluk kepada syarat-syarat
tertentu.
Secara umumnya, terdapat dua pilihan
dalam opsyen penswastaan, iaitu –
menolak tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat;
di mana anggota berpencen dibersarakan atas penghapusan jawatan dan
layak dibayar faedah persaraan pada tarikh persaraan/penswastaan;
atau
menerima tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat.
Di bawah pilihan (2) di atas,
anggota-anggota boleh memilih sama ada –
bersara pilihan sendiri di bawah Seksyen 12 Akta
227/Akta 239; atau
bersara atas sebab dilantik dalam pertubuhan di
bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478