[ ]

 

SKIM PENCEN :: PERLINDUNGAN HAK PENCEN

Kembali SKIM PENCEN

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, pencen merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti mana ditetapkan di bawah Perkara 74 Jadual Ke-9, Senarai I, Para 6(d) Senarai Persekutuan. Perlindungan hak pencen adalah termaktub di bawah Perkara 147 Perlembagaan seperti berikut:-

"147(1) Undang-Undang yang dipakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain elaun sepertinya (dalam Perkara ini disebut sebagai "award") yang diberi kepada seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya, anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, ialah undang-undang yang berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi award itu".