[ ]

 

SKIM PENCEN :: PERMOHONAN PENCEN TERBITAN UNTUK ANAK CACAT

Kembali SKIM PENCEN

Tafsiran Anak Cacat

Seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.

Prosedur

1. Waris hendaklah mengemukakan permohonan dengan menyatakan jenis kecacatan anak tersebut.

2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri berkenaan diminta membuat siasatan.

3. Waris hendaklah membawa anak tersebut kepada Pakar Perubatan Kerajaan bagi penyakit berkenaan untuk dilengkapkan Laporan Pemeriksaan Pakar Perubatan.

4. Dokumen-dokumen yang diperlukan:-

  • 1 salinan Surat Beranak anak tersebut dan salinan Kad Pengenalan bagi anak yang berumur lebih 18 tahun.
     
  • Sekeping gambar foto anak yang menunjukkan anggota sepenuhnya (full length photograph).
     
  • 1 salinan Kad Pengenalan waris atau penjaga (jika anak tersebut tidak dipelihara oleh ibu/bapa kandung atau ibu/bapa kandung telah meninggal dunia).
     
  • Melengkapkan Surat Akuan Pengesahan Penjaga yang boleh diperoleh di Bahagian Pencen, JPA. Borang ini hanya perlu diisi oleh penjaga yang bukan terdiri dari ibu atau bapa kandung sahaja.