|ENGLISH

 

[ ]

 

BORANG SOAL SELIDIK "KOS SARA HIDUP PESARA / PENERIMA PENCEN SEKTOR AWAM DI MALAYSIA"

 

Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP) menjemput pesara / penerima pencen sektor Awam Di Malaysia untuk mengisi borang soal silidik ini yang bertujuan untuk melihat sejauh mana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan telah memberi kesan atau sebaliknya ke atas kos sara hidup pesara/penerima pencen di Malaysia serta hubungannya dengan pencen bulanan yang diterima oleh pesara/penerima pencen.

Soal selidik ini terdiri daripada (5) BAHAGIAN (Bahagian A hingga E). Ketepatan data bagi kajian ini bergantung pada ketelitian dan keikhlasan tuan/puan menjawabnya. Sebarang maklumat yang dikemukakan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan ini sahaja.

Tandakan   dalam kotak yang berkenaan.

Jika tuan/puan mengalami masalah semasa mengisi borang soal selidik ini tuan/puan boleh menghubungi pegawai berkaitan, iaitu:  En. Zahrol 03-88854128  emel: kepada: zahrol@jpa.gov.my

Borang soal selidik yang telah selesai diisi oleh tuan/puan, mohon dikembalikan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP), JPA sebelum 30 September 2009, ke alamat:   

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Unit Dasar)
Aras 5, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P. Putrajya

Borang soal selidik B.S.Selidik Kajian KSH Pesara Sept. 09.xls yang telah diisi dan telah di 'save' bolehlah dihantar melalui emel kepada zahrol@jpa.gov.my atau melalui surat yang dialamatkan kepada seperti alamat di atas.

[DOWNLOAD BORANG SOAL SILIDIK]

BP, JPA mengucapkan jutaan terima kasih atas segala maklumat dan kerjasama yang tuan/puan berikan dalam menjayakan kajian soal selidik  ini.