|ENGLISH

 

[ ]

 

LAMPIRAN A

 

SYARAT-SYARAT MENJADI SEORANG WAKIL DI BAWAH CARA PEMBAYARAN PENCEN SKIM A DAN TANGGUNGJAWAB WAKIL

1. Syarat-syarat Umum
 
1.1 Berumur 21 tahun dan ke atas;
1.2 Mestilah seorang warga negara Malaysia; dan
1.3 Mestilah bermastautin di suatu alamat di Malaysia.


2. Tanggungjawab Wakil

2.1 Memaklumkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan bawah Undang-undang Pencen yang berkuat kuasa;
2.2 Membayar balik pencen yang terlebih bayar akibat daripada kegagalan wakil memberi maklumat kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan mengenai kematian penerima pencen tunggal dalam masa tujuh hari dari tarikh kematian; dan
2.3 Memaklumkan sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau lain-lain maklumat berkaitan pesara, penerima atau wakil kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan


3. Pembatalan Pelantikan Sebagai Wakil

  Pelantikan sebagai wakil akan terbatal sekiranya:-
 
3.1 Pesara atau penerima pencen:-
 
  3.1.1 melantik wakil baru; atau
  3.1.2 meninggal dunia; atau
  3.1.3 hilang kelayakan menerima pencen di bawah Undang-undang pencen (kerana dipenjarakan atau diisytihar bankrap)
 
3.2 Wakil hilang taraf kewarganegaraan
3.3 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhak untuk membatalkan pelantikan wakil dan meminta pelantikan wakil baru sekiranya wakil asal tidak dapat dihubungi oleh Jabatan ini di alamat dan nombor telefon yang diberi sepanjang pemantauan pembayaran Skim A ini dari semasa ke semasa.
3.4 Pembayaran melalui Skim A ini akan terbatal sekiranya syarat-syarat pelantikan tidak dipatuhi di mana cara bayaran pencen Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan ditukar semula kepada Skim B.