|ENGLISH

 

[ ]

 

PENUTUPAN KAUNTER MAJU JUNCTION

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Transformasi ,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, kontrak sewaan Kaunter Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP) akan tamat pada 31 Oktober 2015 ini dan tidak akan dilanjutkan. Untuk itu, kaunter ini akan ditutup mulai 1 Oktober 2015 bagi kerja-kerja pemindahan peralatan pejabat ke JPA, Putrajaya.

3. Sehubungan itu, BP memohon kerjasama pihak tuan untuk menghebahkan mengenai penutupan kaunter BP di Maju Junction ini kepada umum mulai 1 September 2015.

4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

UNIT PENYELARASAN DAN KHIDMAT SOKONGAN BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA