[ ]

Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239

< JENIS JENIS PERSARAAN

Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239

Pegawai/pekerja berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam sekiranya

Mencapai umur 55 atau 56 tahun [Seksyen 10(1)]

  • Ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara. Bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 untuk  memilih bersara wajib  pada umur 55 atau 56 tahun.

  • Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.

  • Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Mencapai Umur 55 Tahun atau 56 Tahun
     

Tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit [Seksyen 10(5)(a)]

  • pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995. Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

  • Faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan

  • Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Atas Sebab Kesihatan

Jawatan yang mereka sandang dihapuskan [Seksyen 10(5)(b)]

Penyusunan semula organisasi [Seksyen 10(5)(c)]

Pekerjaan pegawai/pekerja telah ditamatkan demi kepentingan awam [Seksyen 10(5)(d)]

Memperoleh kewarganegaraan asing [Seksyen 10(5)(e)]

Memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan anggota ke dalam perkhidmatan Awam [Seksyen 10(5)(f)]