|ENGLISH

 

[ ]

WAKIL DIRI

Prosedur Permohonan Pelantikan Wakil Diri

Prosedur ini memperjelaskan mengenai prosedur permohonan pelantikan wakil diri daripada pesara/penerima pencen yang uzur  di bawah Skim B untuk melantik wakilnya bagi urusan pembayaran pencen. Tempoh sah pelantikan wakil diri adalah selama satu tahun walau bagaimana pun tempoh sah pelantikan wakil diri bagi permohonan pengecualian mematuhi syarat bermastautin di Malaysia adalah sama dengan tempoh pengecualian tersebut tetapi tidak melebihi satu tahun.

Pesara/penerima pencen mestilah di bawah Skim B sahaja selain yang uzur dan berumur di bawah 70 tahun. Syarat permohonan yang diperlukan adalah :

  • Borang Pelantikan Wakil Diri untuk pesara/penerima pencen yang uzur. (JPA.BP.SKP.B07)

  • Pengesahan keuzuran daripada Doktor Kerajaan atau Swasta (Ruangan D borang JPA.BP.SKP.B07)

  • Salinan kad pengenalan wakil diri

  • Pesara/penerima pencen yang mempunyai Akaun Bersama - Bahagian Pencen hanya menerima pelantikan wakil diri bagi nama yang tercatat di dalam Buku Akaun Bersama pesara/penerima pencen sahaja.

  • Satu salinan kad pengenalan pesara/penerima pencen.

  • Wakil diri mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

  • Tempoh kelulusan satu tahun sahaja. Sekiranya pesara/penerima pencen ingin memohon memperbaharui pelantikan tersebut, sila buat permohonan baru.

Pesara/Penerima pencen yang uzur dan berumur melebihi 70 tahun.

  • Permohonan pelantikan wakil diri(JPA.BP.SKP.B07)

  • Satu salinan kad pengenalan wakil diri

  • Satu salinan kad pengenalan pesara/penerima pencen.

  • Pesara/penerima pencen yang mempunyai Akaun Bersama - Bahagian Pencen hanya menerima pelantikan wakil diri bagi nama yang tercatat di dalam Buku Akaun Bersama pesara/penerima pencen sahaja.

  • Wakil diri mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

  • Tempoh kelulusan satu tahun sahaja. Sekiranya pesara/penerima pencen ingin memohon memperbaharui pelantikan tersebut, sila buat permohonan baru.

Sekiranya pesara/penerima pencen/wakil diri ingin membuat permohonan pembaharuan pelantikan wakil diri sedia ada, ianya perlu dibuat dan dikemukan 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh pelantikan. Antara dokumen yang diperlukan adalah

  • Borang Pelantikan Wakil Diri untuk pesara/penerima pencen yang uzur.(JPA.BP.SKP.B07)

  • Surat permohonan pembaharuan tempoh pelantikan wakil diri daripada pesara/penerima pencen.