[ ]

WAKIL DIRI

Pertukaran Cara Bayaran Pencen Dari Skim B Ke Skim A

Pesara dan penerima pencen di bawah Skim B boleh memohon untuk dibayar di bawah Skim A dengan syarat pesara dan penerima pencen bersetuju untuk melantik seorang wakil. Tanggungjawab utama wakil adalah untuk memaklumkan kepada Bahagian Pencen dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah undang- undang pencen.

Permohonan pelantikan wakil Skim A boleh dibuat dengan mengisi Borang JPA.BP.SKP.B08 dan pembayaran pencen bulan berikutnya akan dilakukan melalui Skim A sehingga wakil tersebut hilang kelayakan atau meninggal dunia.

SYARAT-SYARAT MENJADI SEORANG WAKIL DI BAWAH CARA PEMBAYARAN PENCEN SKIM A DAN TANGGUNGJAWAB WAKIL

1. Syarat-syarat Umum
 

1.1

Berumur 21 tahun dan ke atas;

1.2

Mestilah seorang warga negara Malaysia; dan

1.3

Mestilah bermastautin di suatu alamat di Malaysia.


2. Tanggungjawab Wakil

2.1

Memaklumkan kepada Bahagian Pencen dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan bawah Undang-undang Pencen yang berkuat kuasa;

2.2

Membayar balik pencen yang terlebih bayar akibat daripada kegagalan wakil memberi maklumat kepada Bahagian Pencen mengenai kematian penerima pencen tunggal dalam masa tujuh hari dari tarikh kematian; dan

2.3

Memaklumkan sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau lain-lain maklumat berkaitan pesara, penerima atau wakil kepada Bahagian Pencen.


3. Pembatalan Pelantikan Sebagai Wakil

 

Pelantikan sebagai wakil akan terbatal sekiranya:-
 

 

3.1

Pesara atau penerima pencen:-
 

 

3.1.1

melantik wakil baru; atau

 

3.1.2

meninggal dunia; atau

 

3.1.3

hilang kelayakan menerima pencen di bawah Undang-undang pencen (kerana dipenjarakan atau diisytihar bankrap)
 

 

3.2

Wakil hilang taraf kewarganegaraan

3.3

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhak untuk membatalkan pelantikan wakil dan meminta pelantikan wakil baru sekiranya wakil asal tidak dapat dihubungi oleh Jabatan ini di alamat dan nombor telefon yang diberi sepanjang pemantauan pembayaran Skim A ini dari semasa ke semasa.

3.4

Pembayaran melalui Skim A ini akan terbatal sekiranya syarat-syarat pelantikan tidak dipatuhi di mana cara bayaran pencen Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan ditukar semula kepada Skim B.