PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 165. Peruntukan sementara kewangan-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 165:

1. Perkara-perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

165. (1) Tertakluk kepada Fasal (4), Bahagian VII tidaklah boleh berkuat kuasa sehingga hari pertama dalam bulan Januari tahun seribu sembilan ratus lima puluh sembilan, atau suatu tarikh yang lebih awal sebagaimana yang diperuntukan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(2) Sehingga permulaan kuat kuasa Bahagian VII, peruntukan Bahagian XI dan Jadual Ketiga, Keempat dan Kelima

kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, hendaklah terus berkuat kuasa, tetapi dengan ubah suaian yang berikut, iaitu-

(a) sebutan mengenai Negeri Melayu atau Negeri Selat hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Negeri;

(b) sebutan mengenai Persuruhjaya Tinggi dan mengenai Persuruhjaya Tinggi dalam Majlis Mesyuarat hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengnai Yang di-Pertuan Agong;

(c) sebutan mengenai Kerajaan Negeri Selat hendaklah dipotong; dan

(d) sebutan mengenai Majlis Mesyuarat Negeri Selat hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Majlis Mesyuarat Negeri.



(3) Sehingga permulaan kuat kuasa Bahagian VII, apa-apa wang yang di bawah Perlembagaan in (termasuk

Bahagian VII) dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dipetanggunjawabkan pada hasil Persekutuan, dan pembayarannya hendaklah dibuat menurut kuasa fasal ini tanpa kuasa selanjutnya daripada undang-undang persekutuan.


(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam Fasal (1), peruntukan yang berilut dalam Bahagian VII hendaklah mula

berkuat kuasa pada Hari Merdeka, iaitu, Perkara 96, 105 hingga 107 dan 111.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas