Ketua Jabatan hendaklah
memaklumkan bakal pesara dan orang tanggungan mengenai tanggungjawab
mereka seperti berikut :
Memberi Kerjasama
Melengkapkan Borang dan Dokumen
Bakal pesara atau orang tanggungan (bagi kes kematian dalam
perkhidmatan) adalah bertanggungjawab memberi kerjasama
sepenuhnya kepada Ketua Jabatan dalam melengkapkan segala
butiran di dalam borang
serta mengemukakan dokumen persaraan yang diperlukan.
Menyemak dan Mengesahkan
Maklumat
Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan
bahawa semua maklumat yang dikemukakan ke JPA adalah betul,
tepat, terkini dan lengkap.
Mengemukakan Permohonan
Pencen Hilang upaya atau Pencen Tanggungan
Bakal pesara adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan surat
permohonan pencen hilang upaya melalui Ketua Jabatan sekiranya
ada kaitan dengan persaraannya, manakala bagi pencen tanggungan
pula orang tanggungan adalah dikehendaki mengemukakan surat
permohonan melalui Ketua Jabatan gemulah untuk pertimbangan
pembayaran pencen tanggungan oleh JPA sekiranya memenuhi syarat
di bawah undang-undang
pencen.
Peranan Dan
Tanggungjawab Bakal Pesara
Menyemak rekod
perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
Buat opsyen
memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
Buat pengakuan
ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
Sediakan salinan
kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak
anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak
cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi
mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang
menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
Nyatakan alamat
tempat tinggal selepas bersara dan lengkapkan
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478