PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VI - PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI
Bab 4 - Tanah




Perkara 84. (Pengembalian kepada Negeri tanah yang dipegang bagi maksud persekutuan -- Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).


_______________________________
CATATAN

Per. 84:

1. Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta A704, seksyen 4, berkuat kuasa dari 10-6-1988:

 

"84. (1) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah di sesuatu Negeri yang terletak hak pada Persekutuan atau sesuatu pihak berkuasa awam bagi maksud persekutuan tidak lagi dikehendaki bagi maksud persekutuan, maka kepentingan itu hendaklah kembali kepada Negeri itu jika Kerajaan Negeri bersetuju membayar kepada Persekutuan-

 

(a)

dalam hal jika tanah itu, atau suatu kepentingan mengenainya, telah diambil oleh Kerajaan Negeri menurut Fasal (5) Perkara 83, atau telah diambil oleh Kerajaan Negeri itu atas perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka, suatu amaun yang sama banyak dengan nilai pasaran bagi kepentingan yang terletak hak pada Persekutuan atau pihak berkuasa awam itu;

(b)

dalam apa-apa hal lain, atas pilihan Kerajaan Negeri itu, sama ada-

(i)

suatu amaun yang sama banyak dengan nilai pasaran bagi kepentingan itu; atau

(ii)

suatu amaun yang sama banyak dengan jumlah wang yang telah dibayar (selain bayaran sebagai cukai) oleh Persekutuan, atau oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka, berkenaan dengan pemberian kepentingan itu, berserta nilai pasaran apa-apa pemajuan yang dilakukan (selain atas perbelanjaan Negeri itu) terhadap tanah itu selepas pemberian itu.

 

(2) Jika apa-apa kepentingan mengenai tanah yang Fasal (1) terpakai baginya tidak kembali kepada Negeri itu mengikut Fasal itu, maka Kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menjual kepentingan itu mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Kerajaan atau pihak berkuasa itu.".

 

2. Lihat Per. 86(1), (2), (4) dan (5), 88.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas