|
Pesara dan penerima pencen di
bawah Skim B boleh memohon untuk dibayar di bawah Skim A dengan
syarat pesara dan penerima pencen bersetuju untuk melantik
seorang wakil. Tanggungjawab utama wakil adalah untuk
memaklumkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera
apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang
kelayakan di bawah undang- undang pencen.
Permohonan pelantikan wakil
Skim A boleh dibuat dengan mengisi Borang JPA.BP.SKP.B08 dan
pembayaran pencen bulan ebrikutnya akan dilakukan melalui Skim A
sehingga wakil tersebut hilang kelayakan atau meninggal dunia.
SYARAT-SYARAT MENJADI SEORANG WAKIL DI BAWAH CARA PEMBAYARAN
PENCEN SKIM A DAN TANGGUNGJAWAB WAKIL
1. Syarat-syarat Umum
|
1.1 |
Berumur 21 tahun dan ke atas; |
|
1.2 |
Mestilah seorang warga negara Malaysia; dan |
|
1.3 |
Mestilah bermastautin di suatu alamat di Malaysia. |
2. Tanggungjawab Wakil
|
2.1 |
Memaklumkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan
segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal
dunia atau hilang kelayakan bawah Undang-undang Pencen
yang berkuat kuasa; |
|
2.2 |
Membayar balik pencen yang terlebih bayar akibat
daripada kegagalan wakil memberi maklumat kepada
Bahagian Pasca Perkhidmatan mengenai kematian penerima
pencen tunggal dalam masa tujuh hari dari tarikh
kematian; dan |
|
2.3 |
Memaklumkan sebarang perubahan alamat dan nombor telefon
atau lain-lain maklumat berkaitan pesara, penerima atau
wakil kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan |
3. Pembatalan Pelantikan Sebagai Wakil
|
|
Pelantikan sebagai wakil akan terbatal sekiranya:-
|
|
3.1 |
Pesara atau penerima pencen:-
|
|
|
3.1.1 |
melantik wakil baru; atau |
|
|
3.1.2 |
meninggal dunia; atau |
|
|
3.1.3 |
hilang kelayakan menerima pencen di bawah Undang-undang
pencen (kerana dipenjarakan atau diisytihar bankrap)
|
|
3.2 |
Wakil
hilang taraf kewarganegaraan |
|
3.3 |
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhak untuk membatalkan
pelantikan wakil dan meminta pelantikan wakil baru
sekiranya wakil asal tidak dapat dihubungi oleh Jabatan
ini di alamat dan nombor telefon yang diberi sepanjang
pemantauan pembayaran Skim A ini dari semasa ke semasa. |
|
3.4 |
Pembayaran melalui Skim A ini akan terbatal sekiranya
syarat-syarat pelantikan tidak dipatuhi di mana cara
bayaran pencen Y.Bhg. Tan Sri/Puan
Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan ditukar semula
kepada Skim B. |
|