Pencen
Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan
kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang
telah meninggal dunia. Formula penghitungan Pencen Terbitan adalah
sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.
Takrif
anak menurut undang - undang pencen ialah anak yang di bawah umur 21
tahun dan belum berkahwin, termasuk anak angkat, anak tiri dan anak
tak sah taraf. Bagi anak yang cacat atau hilang upaya dari segi
jasmani secara kekal serta tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri,
tiada had umur ditetapkan.
Kadar
bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :
Balu/Balu-balu/Duda 2 syer bagi tiap-tiap seorang
balu/duda
Anak-anak
1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.
Bagaimana Memohon Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan
Tindakan Oleh Balu / Duda / Waris
Jika berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan,
balu /duda / waris hendaklah mengambil tindakan berikut:
Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan
Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
salinan sijil kematian
salinan sijil perkahwinan /
sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan
Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil
berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
salinan sijil kelahiran /
salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
salinan surat pengambilan dan
pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
dokumen-dokumen mengenai anak
cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak
cacat, (jika berkenaan)
sekeping gambar balu / duda (mana
yang berkenaan)
Surat Akuan Pengesahan Penjaga
[JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga
oleh balu / duda).
Bekerjasama dengan Ketua
Jabatan supaya semua dokumen untuk urusan pencen terbitan sampai
ke Bahagian Pasca Perkhidmatan dalam tempoh 5 hari dari tarikh
kematian.
HAK CIPTA TERPELIHARA
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pencen, Aras 5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8887 8777 Emel : mypesara@kwap.gov.my