Cebisan Ucapan
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12
22 Mac 2011
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Petikan kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri ialah:
1. Pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara
skim KWSP
“Tuan-tuan dan puan-puan sebagai tanda penghargaan kepada para
penjawat awam yang telah berjasa, kerajaan dengan ini membuat
keputusan bahawa berkuat kuasa mulai tarikh semasa pesara skim KWSP
yang bersara pada umur wajib atau yang bersara di bawah Seksyen
6A(6), Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan pesara
layak menikmati kemudahan rawatan perubatan percuma.Pelaksanaan
pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim
KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim
KWSP yang telah bersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri
atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Walau bagaimanapun ia
tidak merangkumi mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan
perkhidmatan atas kehendak sendiri.”
Untuk memaklumkan BP melalui sms sila
klik
2. Pemansuhan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran untuk
persaraan pilihan sendiri
“Di samping itu berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan
bijak sehingga kita mulai pulih daripada masalah ekonomi, berkuat
kuasa mulai tarikh semasa juga ganjaran akan dibayar seratus peratus
kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah skim pencen
sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran yang
sebelum ini.”
|