[ ]

 

Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Dibawah Seksyen 10(5)(b), 12 dan 12A/13 Akta 227/239 – Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2000

< JENIS JENIS PERSARAAN

Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Di bawah Seksyen 10(5)(b), 12 dan 12A/13 Akta 227/239 – Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2000.

Dengan kelulusan Kerajaan, anggota berpencen boleh dibersarakan apabila sesebuah agensi awam atau sebahagian daripadanya diswastakan. Persaraannya adalah berasaskan pilihan yang dibuat melalui opsyen yang ditawarkan, iaitu sama ada -

  • bersara kerana jawatan yang dipegang dihapuskan di bawah Perenggan 10(5)(b) Akta 227 / 239 sekiranya menolak tawaran berkhidmat dengan syarikat; atau

  • bersara pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239 sekiranya memenuhi syarat seperti Perenggan 15 dan menerima untuk berkhidmat dengan syarikat; atau

  • bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dengan syarikat di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 sekiranya berumur kurang daripada 45 tahun bagi perempuan atau 50 tahun bagi lelaki pada tarikh kuat kuasa penswastaan dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat. Dalam hal ini mereka juga diberi pilihan seterusnya sama ada memilih -
    i. Skim A (Subseksyen 12A(2) / 13(2) Akta 227); atau
    ii. Skim B (Subseksyen 12A(3) Akta 227 atau Seksyen 13(3) Akta 239).

  • Faedah Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Awam

  • Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Awam