[ ]

 

SKIM PENCEN :: SISTEM PEMBAYARAN PENCEN MELALUI BANK

Kembali SKIM PENCEN

Sistem bayaran ini melibatkan pesara/penerima pencen yang menetap di Malaysia di mana pencen adalah dibayar melalui akaun bank. Bagi kemudahan pesara/penerima pencen, tuntutan pencen boleh dibuat di mana-mana cawangan bank berkenaan.

Di bawah SPB, pencen adalah dibayar melalui dua skim, iaitu:

Skim A: untuk pesara yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.
Skim B untuk pesara/penerima pencen yang berikut:-
  (i) pesara yang tidak mempunyai isteri/suami atau mempunyai isteri/ suami yang dikahwini setelah bersara;
  (ii) pesara wanita yang telah bersara sebelum 1.7.1980; dan
  (iii) penerima pencen terbitan/pencen tanggungan.
Syarat-Syarat Di Bawah Skim A
1. Akaun perseorangan (simpanan atau akaun semasa) di mana-mana bank yang menyertai SPB.
2. Pencen dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan.
Syarat-Syarat Di Bawah Skim B
1. Akaun perseorangan (simpanan atau akaun semasa) di mana-mana bank yang menyertai SPB.
2. Pesara/penerima pencen perlu menghadirkan diri di bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen.
3. Pencen akan dikreditkan ke dalam akaun sebaik sahaja borang tuntutan pencen disempurnakan.
4. Sekiranya pencen tidak dituntut untuk tempoh 6 bulan berturut-turut, amaun pencen itu akan dikembalikan semula kepada Bahagian Pencen JPA. Pesara/penerima pencen hendaklah menghubungi Bahagian Pencen JPA untuk membuat tuntutan pencen.
5. Bagi pesara/penerima yang uzur, Wakil Diri boleh dilantik untuk menandatangani borang tuntutan pencen di bank bagi pihaknya. Pengesahan doktor tentang keadaan kesihatan pesara/penerima pencen berkenaan hendaklah dikemukakan bagi mereka yang berumur kurang 70 tahun.
6. Permohonan pelantikan Wakil Diri hendaklah dibuat kepada Bahagian Pencen JPA melalui borang berkenaan dan adalah sah untuk tempoh satu tahun. Sebarang permohonan untuk memperbaharui pelantikan ini bagi tahun berikutnya boleh dibuat sekiranya didapati perlu.