PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am
Perkara 107. Laporan Ketua Audit Negara.
(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan-laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun-akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewn Undangan.
____________________________________________
CATATAN
Per. 107(2):
1. Lihat Per. 112A(1).
2. Perkataan "Gabenor" digantikan dengan "Yang di-Pertua Negeri" oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-8-1976